Monday, August 20, 2007

Kenangan Bersama Anak Anak Yatim..




Salam…

Seawal jam 6 pagi,aku telah di kejutkan oleh bunyi ‘alarm phone’ yang mana aku telah tetapkan sebelum aku menutup mata..
Dengan mata yang agak sedikit mamai,aku kuatkan semangat ku untuk mencapai tuala yang tersidai kat luar rumah lantas membersihkan diri ku dari bau bantal yang kurang menyenangkan..hehehe..


Sarapan…

Seawal jam 7.30 pagi,aku telah di jemput oleh abg Rush di rumah..Dengan penuh semangat,aku mengikut abg lantas terus ke rumah nya untuk berkumpul dengan rakan rakan yang lain..
Di rumahnya,kami telah dihidangkan oleh abg rush dengan pelbagai hidangan seperti nasi lemak dan kuih muih yang enak enak belaka…


Perjalanan..



Jam menunjukkan pukul 8 pagi..sebanyak 4 buah kereta,kami meluru laju ke Peryatim..
Ketika tiba di peryatim,hati tersentuh melihat anak anak yang yang tinggal di situ..mereka sungguh gembira melihat kedatangan kami..berkemungkinan mereka kekurangan kasih sayang yang mana mereka perlukan daripada ibu bapa mereka..Terfikir sejenak aku mengenangkan nasib mereka..insaf rasanya…


Tanjong Lobang..


Semasa kami berada di Tanjong Lobang,setelah penat mengangkat barang yang kami bekalkan,kami membuat senaman ringkas untuk memanaskan badan..aku telah di arahkan oleh mereka untuk menunjukkan cara cara yang betul untuk bersenam..alhamdulilah,aku mampu lakukan dengan baik..hehehe…


Permainan..

Bagi mengembirakan lagi hati anak anak,kami mengadakan pelbagai permainan..permainan yang kami adakan adalah seperti kotak beracun,tong tahi dan banyak lagi..aku dapat melihat gelagat serta reaksi dari riak muka anak anak itu..mereka kelihatan amat riang sekali..


Makan tengahari..

Selepas pelbagai permainan yang kami adakan selesai,kedatangan abg Rush sememangnya di nantikan..sebelum permainan di adakan sebentar tadi,abg Rush telah meminta diri untuk keluar sebentar daripada kelompok kami untuk membeli makanan untuk makan tengahari…dia membeli hidangan yang lazat daripada KFC dan Pizza Hut..waktu itu juga aku dapat melihat perasaan gembira pada anak anak..
Aku serta beberapa dengan orang kakak kakak Shell mengagihkan makanan tersebut kepada anak anak..mereka begitu sopan skali mengambil makanan yang di berikan..

Persembahan Nasyid…

Sebelum majlis bersurai,kami telah di hiburkan oleh anak anak dengan sebuah lagu nasyid yang begitu ‘touching’ skali..Terkesima diriku mendengar kelunakan suara anak anak itu..walaupun tanpa ‘sound system’ yang lengkap,tetapi mereka mampu melakukan dengan baik dan bertenaga skali..
Berakhirnya nyanyian nasyid tersebut,maka tamatlah sesi bersama anak anak yatim pada kali ini..tergambar perasaan gembira pada riak wajah anak anak itu..itu lah misi kami sebenarnya untuk mengembirakan mereka..tidak saba rasanya ingin menyertai program seperti ini di masa akan datang..terlalu banyak iktibar yang aku perolehi daripada program seperti ini..



Harapan….

Harapan ku terhadap anak anak yang menetap di Rumah Peryatim,aku mendoakan agar mereka lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik pada diri mereka..Anggaplah segala apa yang berlaku pada diri anak anak adalah sebagai satu dugaan daripada Allah S.W.T kepada hamba hamba-Nya..Janganlah mudah berputus asa kerana,sekiranya anak anak berputus asa,maka apa yang ingin anak anak kecapi akan terpendam begitu sahaja..biarlah anak anak bersusah dahulu,agar bisa mengubah kehidupan anak anak di masa hadapan..tiada orang lain yang mampu mengubah kehidupan anak anak melainkan anak anak yang menanam keazaman pada diri sendiri..anggaplah segala kesusahan yang di alami oleh anak anak sebagai satu cabaran di dalam kehidupan seharian…Itulah harapan ku terhadap mereka..Amin…

5 comments:

Antz said...

nice. zul postla gambar2 yg cun2. mesti lagi menarik ;)

anywy, the program was great. nanti kita buat in larger scale pulak k =)

Zoulkieflie said...

Hi kak Ernz...nantilah zoul post gambar gambar yang cun..
kalau nak buat lagi,bagitau siang siang..dapat buat persedian..betul tak..hehehe..

Antz said...

okeis ;)

Rush Murad said...

perkataan "bergumpul" tu apa?...ehheheheheheee..... mana pics??? aiyaaaaa.....

Zoulkieflie said...

hehehe...
Abg Rush - Thanks sebab bagitau..hehe..salah tulis..